Monday 1 September 2014

Faghfirli Ya Rabbi.

Hitam pekat warna hati sang hamba,
Sekelip mata keindahan mengaburi segalanya,
Tak dihirau walau secebis dosa,
Dikutip sepanjang jalan noda.

Sungguh leka dibuai dunia,
Malah lebih selesa mengagungkan cinta manusia,
Tak terdetik sekelumit rasa,
Untuk mengubah arah menuju Pencipta.

Penat mungkin,
Jiwa rasa berdosa,
Hati meronta ,
Membimbing akal yang waras,
Untuk kembali berfikir,
Di mana letaknya taklif,
Selaku khalifah di muka bumi Tuhan?

Ya Allah,
Hapuskanlah baki rindu terhadap sang ajnabi,
Kerana aku terlalu lemah tanpa kekuatanMu.


© Ordinary Rhapsody
Maira Gall