Monday 6 October 2014

Foundation in Law , UiTM Kuantan

Assalamualaikum.

A short title ain't that stunning huh? Look, I'm having my semester break rn, so prepare for my audible randomness.

Kali ni update bukan lagi timbunan puisi tapi cerita yang bakal menyingkap tabir hidup yang baru. Ye dah 18 tahun menghirup udara yang dianugerah Rabb. Tapi orang kata 18 ni umur yang baru nak kenal erti hidup. Bagi aku, hidup mungkin boleh didefinisikan sebagai jalan pilihan sendiri,sebab hidup kita berlandaskan apa yang difikir betul oleh akal, dilaksanakan penuh kerelaan oleh jasad kita sendiri. Jadi, aku dah pacu jalan hidup aku ke satu fasa yang baru sekarang. Alhamdulillah,I've stood a chance to pursue my studies in Foundation of Law, UiTM Kuantan. Pernah menangis sebab taknak jadi lawyer apabila dipaksa abah tika form 3 dulu, hampir bermasam muka juga, but now,I'm here,standing on my own feet, growing up to show the world the best of me. Ahaa bersemangat,as usual. So, I want to make this post beneficial especially to my juniors out there. Adik-adikku sekalian yang taklama lagi bakal hadap SPM tu, better you guys dah plan your future nak ambil course apa and also universiti mana.This is for your own sake.Choose the best one for yourself cause after this, you're on your own,okay? No more manja-manja with your parents. You're now an adult. Okay, first thing first, you guys kene buat research sikit about your minat yang bersesuaian with your qualifications. For instance, taksemestinya semua students science stream ni akan pursue studies dalam science field. I know ada yang minat nak ambil course yang takde kene mengena pun dengan science, right? Yeah, that's normal after you realised that you're not capable enough untuk bawa subjects science ni. Better you guys buat research sebaik mungkin. Gunakan cuti yang panjang tu dengan berfaedah ye. Next, filling up the UPU. This one is the toughest tau if you guys tak buat research awal-awal. Probably, some of you guys akan lost. Make sure isi UPU tu berdasarkan qualification tau. the first 3 columns tu kene fill up course yang betul-betul you guys nak or kalau you guys nak choose university pun, the first until third column tu isi nama university tu je.Huh, jangan mengeluh panjang, I know this thing leceh sangat, tapi bear with the situation la kan.Nak yang terbaik, buatlah yang terbaik juga.Allah pandang usaha kita, dont worry :)

Back to the topic, di mana aku ingin story sikit pasal foundation of law ni. Basically, UiTM ada 2 foundy in Law, satu under UiTM sendiri, satu lagi under kptm. How to distinguish between these two? Simple. Kalau foundy under UiTM ni, nanti degree you guys takpayah susah-susah nak isi UPU balik, sebab automatically,UiTM akan serap, tapi kalau foundy under kptm, untuk enter degree, you guys kenalah isi balik borang UPU tu and manage to choose university lain other than UiTM. That's all. Hence, aku sendiri dapat foundy under UiTM. So, Alhamdulillah. I was placed in Kuantan Campus.Tapi,jangan terkejut if you guys dapat tawaran untuk UiTM Kuantan, tapi lapor diri dekat UiTM Jengka. Ehehehe. UiTM Jengka ni centre seluruh UiTM dekat Pahang,jadi,untuk program MDS (Minggu Destini Siswa) , semua students baru dikumpulkan di bawah satu bumbung, which budak asasi akan meet up dengan budak diploma. MDS was held for a week. Seminggu yang you guys perlu kental dari segi fizikal dan mental. Biasalaa orientasi kan.It's kind of preparation untuk you guys before starting up your lecture sessions. For girls, bear in mind, korang hanya dibenarkan berbaju kurung sepanjang seminggu berlangsungnya MDS. Nothing much nak story pasal MDS ni, so kita skip je. Untuk students Asasi, apabila MDS tamat, you guys akan dipindahkan ke kampus Kuantan di mana di sinilah bermulanya fasa hidup yang baru. Jangan risau ye, barang-barang anda akan diangkut oleh lori UiTM. Semuanya ditanggung beres. Students pula akan dipindahkan dengan bas UiTM,jadi jangan runsing dan takut ye.

Basically, UiTM Kuantan consists of 2 main campuses. Satu di Bukit Sekilau dan satu lagi di Padang Lalang (Palang). Girls will be placed in Sekilau while boys akan ditempatkan di Palang.Apa yang seronok kampus Kuantan ni, you guys takde seniors. Ahaaaa, ini la yang paling menarik sekali,tapi you guys bercampur antara students Law dengan students TeSL. Dont worry, you guys gonna make good friends with each other :) Mengenai penempatan kalian, especially girls dekat Sekilau, korang akan menduduki sebuah rumah yang bakal dihuni oleh 12 orang ahli.Satu rumah, ada 3 bilik. 1 room akan ade 4 members altogether. Emm rumah tu ada living room yang agak luas untuk korang lepak-lepak,makan-makan and study, of course. Kawasan kampus takdela luas sangat tapi okay la kalau you guys nak jog ke apa,(eheh, but i havent do it on my own setakat ni). Bilik kuliah pun bawah rumah korang je, if say class in 15 minutes pun korang sempat lagi nak berlenggang haha. Tapi kekurangannya dekat sini, you guys takde dewan makan tau,but, gerai makan dekat luar kampus tersangatlah available. My fav one is gerai pink dekat belakang surau,siap buat family angkat dah dengan tuan kedai tu haa.Selain gerai makan dekat luar kampus tu, nasi kukus Mama pun best jugak. Disebabkan kampus ni terletak di tengah-tengah bandar, maka East Coast Mall tu hanya 2 km je dari kampus, jalan kaki pun sempat. Curfew until 11pm ye. Bebas nak keluar anytime tapi make sure balik on time, kalau tak,kenala dengan poban (Polis Bantuan).Kemudahan public transport pun tip top.Dekat sini, kami ada Uncle Maniam ( taxi) and PakCik Rani (Van). Nak berjimba pun senang. Call je diorang tapi until 9 pm je okay, lepas 9 , korang kenala cari orang lain. Biasanya, tambang kalau setakat pusing area bandar ni dalam RM 2 je. Affordable la :) Antara destinasi pilihan kami ialah, ECM, Berjaya Megamall, Terminal Bas, Teluk Cempedak dan Taman Gelora.

Berkenaan Foundation in Law ni, first mesti ramai takut nak ambil, sebab english tak power kan. Subject law ni korang takperlu jadi grammar nazi pun, english language sekadar membantu you guys untuk faham topik-topik yang belajar. Even kalau tak faham sangat , still boleh buka dictionary kan. Jangan takut ye. Nyawa you guys untuk subject law ialah Federal Constitution (FC). Benda alah ni sangat penting. FC tu perlembagaan persekutuan. Kalau korang mampu, belilah FC dalam 2 versi, English and Malay, sebab kadang-kadang if you guys baca 3 kali pun still takfaham in English, so you need to refer versi Melayu. Tapi, kalau nak jawab exam, wajibla english kan. Untuk first sem, you guys kene belajar 7 subjects which are LAW 012, LAW 016 ,LAW 038, ELC 091, ELC 080, CSC 134 and CTU 085. LAW 012,LAW 016 and LAW 038 are the components of law subjects, while ELC 091 and ELC 080 are the components of english language subjects. CSC 134 ialah subjek komputer which aku takminat sangat and CTU 085, subjek Tasawwur Islam. Haa, untuk CTU ni you guys kena hafal surah al-mulk tau. Antara 3 subject LAW tu, aku favour LAW 012 and LAW 038,while LAW 016, killer subject + lecturer pun agak strict dari segi marking. Haih super duper scary!

Well I guess, sampai sini je aku mampu bercerita,this is just for sem 1. Untuk sem 2, nanti habis sem, aku story pulak ye.

Wait at your own risk.

p/s : If you have any inquiries, you may visit : ask.fm/trisyiiiii for further explaination.
         Kalau nak beli notes pun, you guys boleh pm me (01121925155)

It's my pleasure to help you guys. :)


No comments

Post a Comment

© Ordinary Rhapsody
Maira Gall