Tuesday 25 November 2014

37 Aksara. (Part 1)


' Finishing up.....'

Butang share ditekan dan ikon instagram dipilih. Gambar di-crop mengikut saiz yang sepadan. Lighting diadjust bagi memberi impak kepada gambar. 

' Klik sini, and I'm done'

Peah membiarkan smartphone nya malap. Usai mengupdate gambar di insta, dia terus menyambung kerjayanya yang terbengkalai sebentar tadi. Senyum di bibir masih belum hilang malah semakin melebar. 

' Puas hati, finally dapat share jugak gambar yang pergi melawat sekolah hari tu, haha diorang mesti suka' , bisik hati kecilnya.

Gambar yang disimpan selama 2 hari tidak dapat ditangguhnya lagi. Sungguh teruja untuk berkongsi dengan rakan rakan di insta, akhirnya petang itu,Peah menghabiskan masanya untuk spam timeline insta. Berpuluh malah bearatus noti dan comments yang menyinggah. Justeru,hal ini membuatkan Peah tak menang tangan nak layan.

' Ajak bhaiii..'

' Wei Peah,pergi tak ajak '

' Ciskek kau,bestnya jumpa dak dak ni..'

'Masya Allah sister, lawanya baju anda '

' Uuuu Peah pretty as always '

'Awak ni memang cantik dari kecil ke?'

Kembang kempis hidung si Peah tatkala membaca komen komen dari rakan rakannya. Dia rasa seperti berada di  awan awangan, noti dari tadi lagi takberhenti. Walhal, dia tak lekang dari senyuman sejak petang tadi, apabila, si Paisal merupakan salah seorang yang like gambarnya. Tak terfikir dek akal bagaimana si Paisal boleh tergerak hati nak like gambar dia.

'Aaaaaaa ini gila, Paisal mesti suka aku. hehe '

Namun,segera ditepis angan-angan palsu tu. Dirasa dirinya bagai bermimpi di petang hari. 'Go back to your sense,Peah!'

Mata dikerling memandang jam di dinding. Sudah pukul 9.00. Peah masih bermalas-malas di katilnya yang empuk,menikmati sisa-sisa cuti sem yang masih berbaki. 

' Maka, apa aku nak buat malam ni??' Soalan yang sering ditanya kepada diri sendiri. Ahh sungguh dia berasa yang cuti sem kali ni sia-sia saja. Takde satu pun perkara yang menarik yang telah dia buat melainkan melilau di tengah-tengah kota metropolitan tu. Menghabiskan masa untuk lepak dan bertemu mata dengan kawan-kawan lamanya. Sekadar itu saja. 

' Hati ni rasa kosong ..' getus Peah.

Laptop dicapai dan butang on ditekan. Sambil menunggu laptopnya untuk start , Peah mengatur langkah untuk ke dapur. Digeladahnya almari untuk mencari snack yang boleh dikunyah. Peah memegang perutnya yang dari tadi asyik memainkan rentak hip hop tanpa diduga.

'Memang balik bercuti ni,aku nak bela kau je perut oi, aa dah dah la buat perangai,aku boroi nanti, Paisal mesti tak suka hurrr', Peah mengomel sendiri sambil tangannya ligat mencari makanan.

'Hmm mari tengok apa yang menarik dekat twitter hari ni'

Pantas ditekan butang search setelah selesai menaip di pautan google chrome. Lega hati Peah apabila Wi-Fi rumahnya tidak buat hal seperti malam-malam sebelum ni. Di skrol dan skrol timeline sampai ke bawah mencari tweet-tweet menarik. 

'Sappppp, sampai ke hati do'

Matanya tiba-tiba berhenti melilau seakan barang yang dicari sudah dijampai. Ye, Peah yakin,taksilap lagi.

'I SHOULD STOP MAKING MYSELF AS AN EXHIBITION' 

37 aksara ini telah benar benar menarik hati Peah. Dia terpempan di hadapan skrin laptopnya selama 10 saat. Seakan tidak percaya dengan apa yang dibacanya.

'Errr,betul ke dia ni? Is it true that she had just said that???!'

Naomi Sandeghah
@Sandeghahs

Peah memulakan misinya untuk stalk si Sandeghah ni. Seakan tidak percaya dengan tweet yang dibacanya tadi datang dari this girl. 'Arghh Sandeghah betul ke kau dah ..?'

Hampa.

Tiada satu tweet pun yang boleh dikaitkan dengan tweet '37 aksara penuh makna' tu. Peah kecewa. Kecewa sebab takdapat nak cari tahu dengan lebih lanjut.

'tit tit..tit titt....'

Peah dikejutkan dari dunia buntunya. Smartphone bercasingkan floral theme dicapainya. Tangan pantas menekan password dan segera menerjah noti yang masuk. 

'Uuu not bad, 350 likes', tanpa sedar,Peah menghadiahkan senyuman manisnya. Kini, moodnya telah pulih seperti sediakala.

" Naomi Sandeghah likes your photo"        10m

'Oh goshhh minah ni like gambar aku lagi.' 

Dicemuhnya berkali kali tatkala melihat nama si Sandeghah terpapar di skrin. Akan tetapi, Peah merasakan sesuatu yang bernas muncul di benak fikirannya. Idea. Yes,akhirnya Peah mendapat idea untuk stalk insta si Sandeghah. Peah benar-benar ingin memastikan 37 aksara yang dibacanya sebentar tadi dapat Sandeghah buktikan. 

'Naomi Sandegh' 

'Eh eh typo pulakkk, Naimi Sandeghah'

-Results not found-

'Apehal do aku typo dari tadi ergghhhhh serabutnyaaaa'

Peah mengambil langkah selamat dengan mengurangkan speed menaipnya agar tidak terbabas menekan huruf yang tidak sepatutnya ditekan.

'Naomi Sandeghah'

Butang search ditekan and yes profile si Sandeghah muncul di skrin. Tiba-tiba,tekaknya terasa kering,badannya sedikit menggigil dan tangannya shaky. 


  22                           618                         307
         Posts                           Followers               Following

Angka 22 yang membuatkan mata Peah terasa ingin tersembur keluar. Pandangannya kabur. Suasana menjadi kelam. Benarkah ini profile si Sandeghah? Kenapa 22? Just why is it 22? She's going insane.That's a perfect explaination for this.

Malam kelmarin kemain  ade 220 posts tiba tiba hari ni jadi 22. Gila bapak ah. Difikirnya mungkin dia tersalah type lagi. Mungkin itu bukan profile si Sandeghah. Pahitnya, mungkin itu sebenarnya realiti. Realiti yang menyatakan bahawa ini memang profile si Sandeghah.

'Jadi,37 aksara tu memang sesuatu. Kau betul betul dah buktikan Sandeghah, aku taksangka'




No comments

Post a Comment

© Ordinary Rhapsody
Maira Gall