Pintu terkuak
Lantas menala pandangan
Sepi --
Kaki bingkas mengatur langkah
Wajah tersembunyi disebalik topeng
Tiadaku lihat
Selain orang asing
Masing-masing mungkin sibuk
Dibayangi dunia sendiri
Takut. Buntu. Resah. Gelisah
Tersedar menatap realiti
Diduga bayang orang asing
Namun dirinya setia menguntum senyum
Tidak lelah berkongsi
Setiap sketsa hidup
Realiti dunia ditatap bersama
Kenal.Tahu.Akur.
Hidup bukan hanya sekadar
Melaung memberitahu
Tentang kewujudan jasad
Namun perlu rela
Menterjemah rupa diri yang sebenar.
Duhai orang asing
Engkau sesungguhnya rela
Berkongsi perit
Lantas hatimu telah dirobek
Hancur. Pedih. Luluh
Merana semampu dirimu
Tetapi...
Engkau masih mampu tersenyum.
Orang asing
Kehadiran kami diharap
Meninggalkan kenangan yang tak terperi
Usah susah menyusun diksi
Bagi menyenangkan hati kami
Kerana..
Kami tahu runtun jiwamu
Pekik batinmu
Berderai setiap sudut hatimu
Saat kami tidak menoleh kebelakang
Saat kami mula mengucapkan
Kalam perpisahan.
Ya,kami tahu
Itu sakit.
Tidak kami endah
Persepsi jalanan
Yang dilontar sang manusia berjiwa dengki
Kerana kami terbiasa
Kerana kami selalu
Menghayati ibrah daripada tuturmu.
Orang asing, terima kasih di atas segala kenangan.
Dedicated to : Kak Marina #KEX14 #KEXITO