Friday 18 April 2014

Peduli Apa

Endahkan saja
Takku hirau
Dusta yang dibicara

Malah buat apa nak risau
Kalau sandiwara menjadi umpan
Kerana masih terwujud
Akal yang waras

Aku rasa
Baik kau hentikan 
Jasa menabur
Kata dusta
Kerana ia...
Terlalu skeptik dan pasif

Tiada istilah menuding kesalahan
Jika diri sendiri terlalu rapat dengan kebohongan
Mata dikurnia untuk melihat
Ya untuk melihat
Tapi bukan lihat tanpa fikir

Kadang terlalu asyik 
Mencari kekurangan seteru
Tapi kita?
Adakah setiap laku itu sempurna?
Adakah Tuhan memandang kita?
Itu gunanya fikir .

No comments

Post a Comment

© Ordinary Rhapsody
Maira Gall