Tuesday 25 November 2014

37 Aksara (Part II )


Wajah dirungkai satu persatu. Mata seakan dibelai oleh keindahan langit senja. Angin yang bertiup seolah tahu damainya wajah yang diberi lihat.

Kaku.

Dunia terasa seperti mimpi. Mimpi yang indah baginya. Usah terjaga dari lena hendaknya. Biarkan hati bersatu dalam mimpi jika realiti tidak sedamai ini.

' Peah, is that you?'

Wajah yang tadi dilihatnya kini bersuara. Nafas dihela berat seolah dirinya hilang keyakinan untuk terus berdiri.

' Yes, it's me. tapi, awak buat apa dekat sini?' tanya Peah lembut. Dia tidak ingin mengubah suasana. Diusap matanya berkali-kali supaya dia tersedar dari mimpi, namun figura tadi masih setia di situ.

'Am I dreaming?!' Ditepuk tampar pipinya sendiri. Peah yakin dia bermimpi. Ya, dia yakin sekali.

LAW 016.

Figura tadi menunjukkan buku yang dipegangnya. Dilambai Peah dengan penuh mesra sambil menghadiahkan senyum. Tanpa sedar, Peah mengatur langkah ke arah figura tersebut. Dia begitu berani kali ini. Berani agar peluangnya tidak disia-siakan begitu sahaja.

' Eheh 016? Dah kenapa rajin sangat ni?' , mulutnya ditekup, menahan tawa yang dianggarkan bakal berderai tidak lama lagi. Dianggapnya situasi ini amat menggelikan hati.

' Rajin mana mamat ni hadap 016 , hahaha' , getus hati Peah.

'Hey, why are you laughing? Is it funny? Final is around the corner, you know!' Sedikit memberontak,figura itu  tidak sangka Peah menganggap hal ini seakan permainan. Walhal, final exam dah nak dekat,jadi wajarlah untuk dia memegang buku 016 ni.

Dahi ditepuk. Mata terbeliak. Ekspresi wajah mula bertukar.

'Ahhhh, Final!!!!!!'

Your lipstick stains
On the front part of my
Left side brain
I knew I wouldn't forget you
And so I went and let you
Blow my mind ....


Your sweet moonbeam
The smell of you in every
Single dream I dream
I knew when we collided
You're the one I have decided
Who's one of my kind

Hey soul sister
Ain't that Mr. mister
On the radio, stereo
The way you move ain't fair, you know
Hey soul sister
I don't wanna miss
A single thing you do
Tonight....

Butang cancel di-slide bagi mematikan alarm. Mata berkedip dan dipaksa untuk fokus. Jam sudah menunjukkan tepat jam 6.00 a.m. Comforter ditarik dari menyelubungi badan. Kaki segera melangkah ke bilik air.

Sejadah dihampar. Istighfar membasahi bibir bagi mententeramkan hati.Takbir dilafaz sepenuh hati .'Allah Maha Besar ', makna yang sering meninggalkan kesan di hati Peah. Akur dengan kebesaran dan kekuasaanNya, segala amal yang dipertaruhkan di dunia,diharapnya dapat membawa ke jalan yang diredhai oleh Rabbul Alamin.



.......................................................................................................................................



'Jadah apa aku mimpi macam tu semalam. final dah habis padahal, ahahahaa' Dipaksa hatinya untuk turut bergelak seiring dengan bibirnya yang menguntum senyum. Payah. Sukar. Hatinya seolah sedang bergelut dengan sesuatu. Sama ada ingin merungkai satu persatu pertanyaan yang muncul di benak fikirannya atau hanya membiarkan perkara tersebut hilang dibawa arus masa.Makanan di meja masih tidak terusik. Dari tadi Peah asyik mengelamun. Pandangan ditala ke luar tingkap seolah dirinya sedang memikirkan solusi.

'Peah taklapar ke? Mama simpan ...... '

'Eh ma, tak tak Peah lapar' Tidak sempat mamanya menghabiskan ayat,barisan giginya yang putih dihadiahkan Peah kepada mama. Nasi yang berlaukkan ikan gulai kegemarannya disuap ke mulut. Dilahapnya sarapan pagi seolah 2 hari tidak menjamah sebarang juadah.Hairan puan mama melihat kelakuan anak sulungnya pagi ini. Asyik melayan perasaan sorang-sorang. 

'Budak ni, ada masalah ke?' getus hati mama.

Selesai menikmati sarapan paginya, Peah kembali ke bilik bagi mendapatkan smartphone kesayangannya. Akaun instagram miliknya, @PeahPahlawan dibelek-belek,seolah olah dia mencari sesuatu pada gambar gambarnya sendiri. Sebanyak 240 posts telah dia published selama dia aktif bersama akaun instagramnya. Setiap gambar itu punya cerita tersendiri bagi Peah.Perilaku dan aksi yang ditonjolkan dalam gambar-gambar miliknya punya keterangan sendiri. Dia begitu taksub untuk berkongsi cerita hidupnya di laman sosial. Supaya ada orang yang notice kewujudannya, especially si Paisal. 

'Ahh Paisal dan LAW 016. Kenapa dia? Kenapa 016?!'

Buntu.

Peah masih dibelenggu mimpi yang menyapanya semalam.Betapa mimpi itu punya mesej tersendiri.

Kapsyen yang bertulis, "Where to, folks? to the place where humanity exists." menarik minat Peah untuk stalk si Sandeghah pagi tu. Gambar yang berlatar belakangkan suasana dalam LRT dan beberapa warga kota yang masing-masing sibuk dengan urusan sendiri begitu memaknakan sesuatu.Gambar sengaja diedit menjadi black and white dan ditambah sedikit lighting.

'Nice blend though.' Peah akur si Sandeghah memang hebat dalam mengedit gambar serta meletak kapsyen yang membuatkan dirinya untuk sering berfikir. Kadang-kadang kapsyen takmasuk pun dengan gambar, tapi itulah yang dianggap ganjil dan berjaya memikat hati Peah untuk terus stalk si Sandeghah ni.

' Ohh yaa,37 aksara semalam. Ade betulnya si Sandeghah ni.'

Kepala Peah masih ligat berfikir mengenai mesej yang tersurat daripada tweet 37 aksara si Sandeghah semalam.

'I SHOULD STOP MAKING MYSELF AS AN EXHIBITION'

'What did she mean by 'exhibition'? Making herself as an exhibition? huh? But how?!'

Exhibition (noun)

1. a public display of works of art or items of interest, held in an art gallery or museum or at a trade fair.
  1. "an exhibition of French sculpture"

2.a display or demonstration of a skill.
         "fields which have been ploughed with a supreme exhibition of the farm worker's skills"


'So,exhibition ni macam nak display something.Display..display..display..emm public display.'


Jarinya berlari lari di keyboard laptop. Seketika direhatkan. Phone dicapai.Tiada satu noti pun yang masuk. Otaknya masih ligat berfikir. Dirasakan dirinya sudah semakin hampir dengan jawapan.


'Nak tunjuk dekat public lah maksudnya.Ahh yes! Expose diri dekat public!'

'Instagram!'


No comments

Post a Comment

© Ordinary Rhapsody
Maira Gall