Tuesday 23 April 2013

Promise me and never let go. - ab

"Bukak buku Fly High mukasurat 16" laung teacher Aimi di hadapan kelas. Setelah 30 minit berlalu,barulah kami dapat memulakan kelas tambahan pada petang itu.

Alin di sebelah mencari-cari buku di dalam beg merahnya. Aku pula terpaksa bingkas dari tempat duduk untuk mengambil buku Fly High yang terselit di celah-celah timbunan buku yang sengaja diletakkan di atas meja hanan.

"adoiii beratnyaaaaaa!!" seperti biasa aku akan mengomel sendiri apabila terpaksa membuang waktu untuk mencari buku yang sedia terselit di bawah timbunan buku-buku yang tersadai di meja belakang.

Tangan membelek pantas dari satu mukasurat ke mukasurat seterusnya.Mata melilau mencari tajuk yang diutarakan.Dan akhirnya hati melaung kegembiraan apabila tangan berhenti di mukasurat 16. Tumpuan diberikan sepenuhnya kepada teacher Aimi di hadapan.Sesekali aku menguis-uis pen yang ada di hadapan. Apabila tahap tumpuan aku hilang seketika, aku cuba toleh ke kanan untuk melihat Hanis di sebelah. Rupa-rupanyaa dia masih belum membuka buku lagi!Dia sengih dengan gaya yang paling comel menandakan dia bersalah.Masih trauma,takut-takut aku akan cuba mengancamnya lagi dengan gaya yang paling aneh,akhirnya Hanis akur lalu membuka bukunya dan memberi perhatian terhadap pelajaran fizik di hadapan.

"Ingat molek nih,nantikan awak gi buatt tando bintang la,Htag lah,bulan lah and etc.Ingat!Hanya tanda 'dash' sahaja dibenarkan!" pesan teacher Aimi kepada pelajar 5K2. Sebenarnya pada petang itu,kami diajarkan teknik-teknik yang berkesan dan jitu untuk menjawab soalan fizik kertas 2. Sememangnya teacher Aimi sangat berharap kami menumpukan perhatian kepada apa yang ingin diutarakan olehnya.

"lamo keiii awok gi tulis banyok pulok untuk penerangan dio.Siap suruh saya pilih pulak tuh,jangey deh jangey ". Pesan teacher lagi. 

Kelas 5K2 yang sunyi telah dihiasi oleh hilai tawa yang menggila oleh pelajar-pelajarnya.Hanis ketawa terbahak-bahak sambil memprotes teacher selalu buat lawakkk tanpa diduga.Alin mengecilkan matanya kerana terpaksa menahan tawa yang bagai menegangkan segala urat perutnya.Che Nor menepuk-nepuk Dayah di sebelahnyaaa untuk meredakan keadaan yang sememangnya boleh menggegarkan bangunan blok A.

Seketika kemudian,kami kembali fokus.Menutup segala cerita yang lepas dan meneruskan pelajaran seperti biasa. Tanganku mencapai kertas graf yang terselit di bawah alas meja. Hasrat di hati ingin mengembalikan dakwat pen yang main aci ade aci takde.Satu gambaran seperti gelombang air telah terbentuk.Kemudian aku membuat garisan.Tetapi tanganku tidak dapat melukis suatu garisan yang sempurna.

Bosan.Aku terus menulis sesuatu di atas kertas graf tersebut. Fikiran aku melayang mengenangkan cerita yang aku luahkan kepada alin sebelum kelas bermula. Tanpa disedari jari-jariku menggenggam erat pen hitam yang tadi berhenti mengeluarkan dakwat. Perkataan pertama yang singgah di mindaku ialah "promise". Kaku seketika. Aku mula terbayang wajah si dia yang pernah hadir dalam hidupku suatu ketika dahulu.

Hati mulai sebak,namun aku terus menghabiskan karya agung aku pada petang itu dengan menyambung ayat yang tergantung. 

"Promise me and never let go..."

Satu kepuasan menerjah, memecah kebuntuanku pada saat itu. Aku tersenyum dan menayangkan kertas  tersebut di hadapan Alin. Alin yang sememangnya fokus memerhati whiteboaard di hadapan terganggu dengan perlakuanku. Dia menepis-nepis kertas tersebut tanda protes kerana aku telah menggangu konsentrasinya.Namun aku tidak mengendahkan kemarahannya. Sekali lagi aku menayangkan kertas tersebut dan berharap dia terbaca tulisan yang tertera di situ.

wushh..!!!! 

Alin merampas kertas tersebut dari genggaman tanganku. Lalu diperhatikannya kertas graf tersebut mencari mesej yang cuba aku sampaikan.Akhirnya,pandangan Alin terhenti pada bait kata-kata yang tertulis rapi di bawah contengan-contengan yang aku lakarkan sebelum itu. Dia tersenyum sinis.Aku yang memerhati dari tadi terus menjeling bagi menikam senyuman tersebut.

Alin mengambil pen yang berada di hadapannya.Dia cuba menterjemahkan maksud senyumannya tadi.
Puas menunggu alin,aku terus menumpukan perhatian terhadap apa yang diperkatakan oleh teacher Aimi.


Dushhh..!

Alin menghentakkan tangannya ke meja bagi meletakkan kertas tersebut.Aku kaget dan hilang punca seketika. Jantung mula berdegup kencang. debaran semakin terasa. Aku cuba menelan liur tetapi payah.Mata pantas memburu tulisan tangan si alin. 

"Jangan jilat air liur yang telah kita ludah". 

Tertera tulisan Alin di bawah hasil karya aku tadi. Ternyata alin pandai berkias.Tetapi dengan gayanya yang tersendiri.

Aku terhinggut-hinggut menahan tawa.Terasa sesuatu mencuit hati aku setelah membaca hasil karya nukilan si alin.Dengan spontan,aku mencurahkan segala idea yang melimpah di atas kertas tersebut bagi membalas kata-kata alin.Kali ini alin pasti kalah!Begitu yakin aku mengucapkan kata-kata tersebut.


To be continued......

    



No comments

Post a Comment

© Ordinary Rhapsody
Maira Gall