Wednesday 24 April 2013

Promise me and never let go (Part II)

" Cehh pandai kau berkias sekarang.Siapa yang ajar? Mentang-mentanglah dapat mumtaz balaghah kan..."

Aku mengukir senyum di bibir menandakan kemenangan bakal menjadi milikku.Aku yakin alin pasti akan kehabisan idea. Yes!

Tanganku ligat menayangkan kertas tersebut di hadapan muka alin. Sedikit terganggu,alin terus mencapai kertas graf tersebut. Alin sedikit tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih.Dia hanya mengambil masa beberapa saat untuk membalas hasil karya nukilanku. Tangannya pantas menulis huruf demi huruf untuk menerbitkan satu ayat yang sempurna.

Mata mula menunjukkan simptom-simptom kelesuan tahap giga.Aku cuba mengalihkan tanganku bagi menongkat dagu untuk memastikan aku tidak tersembam ke meja.Tahap konsentrasi semakin menurun namun aku masih boleh memahami tajuk yang dibincangkan oleh teacher Aimi.Rasa resah dan gelisah mula menyelinap masuk mengganggu pemikiranku. Aku menala pandangan ke luar tingkap,menikmati setiap keindahan yang terpancar di segenap sudut bumi Maahad. Menyedari akan satu hakikat bahawa aku bakal meninggalkan bumi maahad tidak lama lagi.Menyingkap setiap memori yang telah dicipta bersama di bumi bertuah ini . Aku terdiam ditusuk beribu persoalan.

"Ahh apa ni?Lambat lagi.Im still a maahadian.And forever will be." Aku cuba memujuk hati yang mulai    gelisah.

Dushh.! Sekali lagi si alin mengejutkan aku dari alam khayalan. Kertas graf tersebut sedikit menutup pandanganku terhadap buku fizik yang ada di hadapan.

"oh well :P "

Dua patah perkataan yang membuatkan aku mual seketika.Mual dengan sikap poyo si alin yang makin menjadi-menjadi.Dalam masa yang sama,bibirku sempat menguntum senyum dengan gelagat deskmate yang sentiasa sedia menemani aku dalam apa jua keadaan.Tidak kira waktu dimarahi oleh guru kerana tidak dapat meyiapkan tugasan,syahid tersungkur di meja sewaktu sesi pembelajaran,ditegur oleh guru apabila ade je mata-mata yang layu dan tidak bermaya.Semuanya dapat diatasi dengan kehadiran deskmates dan classmates yang sporting ,havoc and last but not least,UNDERSTANDING.

 Terima kasih Allah kerana menghantar mereka kepadaku.Alhamdullilah.

p/s : dedicated to miss tanaka white, AHcrush and L's secret admire. :D




No comments

Post a Comment

© Ordinary Rhapsody
Maira Gall